Wednesday, October 21, 2009

sesi pencerapan Guru Sandaran Tidak Terlatih

esok - 22 Oktober 2009 akan ade sesi pencerapan. 7.40-9.00>>bahasa melayu>>4VT.. erm...aku dh rancang nk buat gabung jalin antara prosa klasik + tatabahasa oleh sebab minggu ni adalah "study week" so aku dh pilih prosa Peminangan Puteri Gunung Ledang + latihan membina ayat. berdasarkan petikan yang akan di beri pelajar akan jawab soalan struktur peminangan PGL untuk separuh masa pertama..separuh masa kedua pelajar akan membina ayat daripada kosa kata yang hampir sama makna berdasarkan petikan yang sama...antaranya; "…….segala burung di dalam taman itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya, ada yang seperti orang bersiul, ada yang seperti orang berbangsi, ada yang seperti orang bersyair, ada yang seperti orang ber­bait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang seperti orang bergurindam "
di petik dari prosa peminangan PGL
1) berbunyi - mengeluarkan bunyi
contoh ayat >> guruh berbunyi bertalu-talu menandakan hujan akan turun.
2) bersiul - membuat bunyi dengan mulut
contoh ayat >> syamin bersiul dan mendendangkan lagu keroncong kegemarannya
3) berbangsi - serunai daripada batang padi
contoh ayat >> sambil berbangsi di batas sawah, pak ali menghirup udara segar bagi menghilangkan rasa penatnya.
4) berseloka - membawakan seloka
contoh ayat >> bedah sangat pandai berseloka sehingga terpilih mewakili sekolah ke peringkat daerah
5) bergurindam - melafazkan gurindam
contoh ayat >> setiap malam ali bergurindam mengalunkan irama lagu tradisional
6) berbait - bersajak (2 baris)
contoh ayat >> lirik lagu yang puitis itu mempunyai baris kata yang berbait antara 1 sama lain
7) bersorak - berteriak-teriak, bersuka-suka
contoh ayat >> penyokong bola sepak negeri perak bersorak gembira apabila mengetahui pasukan mereka berjaya mengalahkan pasukan selangor.
sumber>>zafiran@tesco

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home