Tuesday, September 29, 2009

k e b a h a g i a a n >>

Merujuk laman web Karyanet.com.my, perkataan bahagia bermaksud, “suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.” Melalui definasi ini, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.
Seseorang yang belum berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.
Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki. What do you think it is? Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.” Itulah kebahagiaan yang sebenar. Wallahu’alam.

selamat malam semua..moga2 esok tercatat kebahagian untukku ..

Monday, September 21, 2009

tahun ke-2

3 syawal..selamat hari raya kepada semua..
masuk tahun ke2 iman_mama beraya tanpa baba..tahun ke2 aku beraya sebagai seorang guru..tahun ke2 juga mak tak berupaya beraya gara2 stroke..tahun ke2 ada suka duka nye..aku terima keadaan depan mata ini dengan hati yang tenang..
tahun ini lebih meriah dari tahun lepas...anak murid berkunjung tak putus2..1 syawal teramat seronok..ramai yang datang..kebetulan kakak2 semua beraya di sini tahun ini..aku beria bersiap rumah..beli langsir baru (tesco choice sj)..tukar tikar getah baru..tu pon mak yang suruh...kuih raya semua kakak yang belikan..
iman tak banyak buat hal...ok je sebab sepupu dia ramai...

yang pasti iman_mama sedondon tahun ni...biru+ungu...ye la tu..

tahun depan belum tahu lagi...adakah keadaan akan berubah atau kekal sebegini seperti hari ini..aku tetap berdoa supaya allah mengubah tetap bersama aku untuk mengubah keadaan ini.amin.

Friday, September 18, 2009

bermula di sini..

29 ramadhan...saya belajar membuat blog ini melalui anak sedara saya..khairul ikhwan... ikhwan..you are genius!!!tq.
ini lah ikhwan......