Saturday, December 11, 2010

14 Hari Tanpa CINTA - Hari Kelima #


Tiada apa-apa yang berlaku
Sekian.Assalamualaikom


Friday, December 10, 2010

14 Hari Tanpa CINTA - Hari Ketiga dan Keempat #

Hari ketiga
ternyatanya TEWAS,
saya senyum meleret melihat dia
perjalanan saya ke Ipoh ditemani separuh jalan

Hari Keempat
Di KWSP IPOH
lupa semua
lupa dia
cuma tak sabar nak ke pejabat

*IPOH*
best juga memandu sendiri ke sana
malamnya habiskan masa bersama adik di dataran M.B.I

(dalam hati saja)
Ipoh itu "salah lorong"
silap lorong pusing patah balik la kot..
hahaha
saya meredah saja di sana

Taklimat EFT
Saya kini PT Perkhidmatan merangkap PT Kewangan
hahhaha...makin banyak ilmu nak kene belajar nih

Wednesday, December 8, 2010

14 Hari Tanpa CINTA - Hari Kedua #

LETTO
GAGAL

*diam*

saya telefon dia

*diam*

saya tak mampu berdikari!adehhh..malu dengan diri sendiri.

ah

*diam*

LEMAH itu saya lah.

Monday, December 6, 2010

14 Hari Tanpa CINTA - Hari Pertama #

HIJRAH
ada sesuatu yang patut saya hijrahkan..
tapi masih buntu..
saya sudah PADAM semuanya - HIJRAH mungkin
saya sudah tukar telefon bimbit - HIJRAH mungkin
ahhahaa..itu cuma mungkin dan amat sedikit.

*diam*

monolog sendiri..betul ke apa yang berlaku sekarang.
mesti kuat.mesti jadi kuat.

*keliru*

ternyata saya perlukan bantuan KAMU.
tolong.
saya masih was-was

Salam Maal Hijrah semuanya

Keadaan kemat kemut

Hari ini saya lalui hari dengan penuh ber"jiwa"..
saya sudah nekad untuk lupakan semua keGAGALan yang menghimpit saya sekitar 2 minggu ini.
perit.sakit.tapi akhirnya PUAS
mujur kamu banyak membantu..
membatu dari sana..
saya tidak nmpak.
teruskanlah.supaya saya terus berasa selesa.
saya akur.saya selesa.

Tuhan ada rencananNya..
untuk memberi sesuatu kepada saya itu mungkin sedikit lambat..
tapi berbaloi juga.

*diam*

hari ini saya telah mendengar satu kisah cinta yang amat luar biasa.
keGAGALan yang kamu lalui itu kamu harungi dengan  jiwa yang sangat kuat
saya mahu jadi sekuat kamu
saya mahu "kering" seperti keringnya hati kamu
berikan saya semangat kamu.tolong.
sepanjang kamu bercerita...saya terfikirkan ini.
*Bagaimana dia boleh menjadi sekuat itu?*

otak saya berlegar lagi
kamu pernah berkata
"jika kita gagal terutamanya dalam merencanakan masa depan..atau putus kasih dan harapan..kita kena ingat satu perkara..


dalam kehidupan kita, tak semua perkara yg kita rancang akan kita perolehi..Kegagalan itu harus diterima secara positif..dan dijadikan motivasi kpd kita..Jika kita terus2an berputus asa..dan stil mengharap..ini hanya akan merugikan kita..

Jika kita kecewa dalam sesuatu hal, KITA KENA BANGKIT DAN TERUSKAN HIDUP INI DENGAN LEBIH TABAH, BERANI DAN YG PENTING..KUAT!!

kita jadikan contoh..orang yang berjaya pada hari ini..selalunya PERNAH GAGAL pada awal usaha..jangan kerana orang tidak memberi ruang kepada kita, kita rasa sangat kecewa dan memudaratkan diri sendiri"
 
terima kasih KAMU.
keadaan saya mungkin HANYUT jika kamu tiada.
 
p/s: saya akan mulakan "14 hari tanpa CINTA" hari ini!

Sunday, December 5, 2010

Home Sweet Home

Harap Maaf Ye..

ok..semua sudah maklum..
saya GAGAL buat Kali ke6
adusssss!

di sebabkan itu saya dh gotong-royong dengan abang "mengemas" rumah
saya akan melalui semula rutin harian seperti sebelumnya...
cuma kali ini saya nekad untuk terus tinggal di sini.mungkin.

perancangan seterusnya saya mungkin akan mengubah haluan sedikit kali ini..
mohon agar keadaan memahami prinsip diri saya..
mohon agar masa akan lebih terkebelakang dalam mencari jodoh hidup saya..
mohon agar ALLAH sentiasa dengan pengertianNya..
mohon kamu juga mengerti situasi saya..

Yang sudah hilang masa untuk bersenang-senang.
Yang sudah kian luntur hati untuk berkasih-kasihan
Yang sudah tipis harapan untuk berjaya-kejayaan

Berapa di posisi N17 juga ada masa depan juga bukan?
mahu atau tidak mahu..
kerjanya mudah
tiada dosa menghukum budak (tangan saya agar cepat) hahah
tiada dosa tidak masuk ke kelas mengajar anak bangsa
MUNGKIN
sesungguhnya hati seorang guru itu murni ya

satu yang saya kagum tentang saya
saya kuat.

p/s: maaf semua sebab saya terpaksa puji diri sendri...saya tiada sesiapa untuk memujuk.terima kasih atas bacaan kalian.




Friday, December 3, 2010

GAGAL KEBAL

Gagal lagi..
asyik-asyik gagal saja.
udah kali ke barapa
saya sudah tidak terkira..

kebal sungguh ya gagal dalam hidup saya
saya gagal itu...saya gagal ini....
aduh..banyak

saya rasa
sepertinya..
hidup saya cuma ada GAGAL

tapi saya mahu berjaya..
saya mahu tersenyum puas dan bangga
saya mahu menjadi hebat

tidak kira lah apa puncanya..
dari mana puncanya..juga siapa puncanya..
ha-ah...yang pastinya saya masih lagi bernafas
saya masih lagi punya kerja bersama kerajaan
saya masih lagi punya wang saku saban bulan
saya masih lagi punya insan yang perlukan kasih sayang
saya masih lagi punya Dia untuk jaga saya

cuma gagal itu tak seharusnya berlarutan..saya perlu hentikan.
baik.saya akan hentikan.

Thursday, December 2, 2010

saya layan sajalah

ramai yang lalu lalang di sini
saya..
layan sajalah di sini juga
keting saya tidak mampu menampan langkah kaki saya
ali s saya kerlingkan
mahu lihat..
tiada.
tapi saya pasti kamu ada.

bercinta dengan hantu itu sakit.
bercinta dengan bayang-bayang juga sakit

bercinta depan-depan
genggam hati saya kalau itu mahuNya
Dia hantar kamu untuk saya
itu saya tahu

senyuman kamu saya tidak dapat lihat
tutur bicara kamu juga saya tidak dapat dengar..
ah..satu hari pasti ada..

saya tunggu satu hari itu
(dah lama sebenarnya saya tunggu)

p/s : to ambon..ur outdoor picture is very nice..saya let go kan saja lah