Wednesday, October 21, 2009

sesi pencerapan Guru Sandaran Tidak Terlatih

esok - 22 Oktober 2009 akan ade sesi pencerapan. 7.40-9.00>>bahasa melayu>>4VT.. erm...aku dh rancang nk buat gabung jalin antara prosa klasik + tatabahasa oleh sebab minggu ni adalah "study week" so aku dh pilih prosa Peminangan Puteri Gunung Ledang + latihan membina ayat. berdasarkan petikan yang akan di beri pelajar akan jawab soalan struktur peminangan PGL untuk separuh masa pertama..separuh masa kedua pelajar akan membina ayat daripada kosa kata yang hampir sama makna berdasarkan petikan yang sama...antaranya; "…….segala burung di dalam taman itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya, ada yang seperti orang bersiul, ada yang seperti orang berbangsi, ada yang seperti orang bersyair, ada yang seperti orang ber­bait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang seperti orang bergurindam "
di petik dari prosa peminangan PGL
1) berbunyi - mengeluarkan bunyi
contoh ayat >> guruh berbunyi bertalu-talu menandakan hujan akan turun.
2) bersiul - membuat bunyi dengan mulut
contoh ayat >> syamin bersiul dan mendendangkan lagu keroncong kegemarannya
3) berbangsi - serunai daripada batang padi
contoh ayat >> sambil berbangsi di batas sawah, pak ali menghirup udara segar bagi menghilangkan rasa penatnya.
4) berseloka - membawakan seloka
contoh ayat >> bedah sangat pandai berseloka sehingga terpilih mewakili sekolah ke peringkat daerah
5) bergurindam - melafazkan gurindam
contoh ayat >> setiap malam ali bergurindam mengalunkan irama lagu tradisional
6) berbait - bersajak (2 baris)
contoh ayat >> lirik lagu yang puitis itu mempunyai baris kata yang berbait antara 1 sama lain
7) bersorak - berteriak-teriak, bersuka-suka
contoh ayat >> penyokong bola sepak negeri perak bersorak gembira apabila mengetahui pasukan mereka berjaya mengalahkan pasukan selangor.
sumber>>zafiran@tesco
word.beveled.oval.black
word.reflected.rounded.rectangle

word + lineColour

Friday, October 9, 2009

Melawan Kesepian

Apapun yang terjadi :: Berjalanlah tanpa henti :: Air mata tertahan :: Waktu untuk dijatuhkan :: Nanti kita kan tahu :: Betapa bijaknya hidup :: Sepahit apapun ini :: Pelajaran yang berarti :: Semoga kepergianmu :: Tak akan merubah apapun :: Semoga mampu kulawan :: Kesepianku :: Nanti kita kan tahu :: Betapa bijaknya hidup :: Sepahit apapun ini :: Pelajaran yang berarti :: Semoga kepergianmu :: Tak akan merubah apapun :: Semoga mampu kulawan :: Kesepianku :: Semoga kepergianmu :: Tak akan merubah apapun :: Semoga mampu kulawan :: Kesepianku :: Apapun yang terjadi :: Berjalanlah tanpa henti

Sunday, October 4, 2009

peristiwa s t r o k e

9.19 malam iman dah tido.patutnye aku pon dh lena sekali.tapi fikiran aku asyik teringatkan peristiwa lebih kurang pukul 8 malam tadi.mak mengidap stroke.tahun ni masuk tahun ke2.lebih kurang pukul 8 malam tadi kami menerima tetamu..mak cik uza..kawan lama mak.juga pengidap stroke.bezanye mak n mak cik uza, mak tak boleh berjalan, tapi mak cik uza boleh melangkah dibantu tongkat.pak cik hussein (suami cik uza) kata mak cik uza nak sangat jumpe mak.sebab tu deme datang juga malam ni sebab esok mak cik uza nak balik umah anak dia d KL.sedang ralit kami bersembang tentang "mak + mak cik uza = stroke" tibe2 makcik uza jatuh dari kerusi roda.mase tu aku panik giler.terkejut.rupe2nye ader lagi satu perbezaan antara stroke mak cik uza dengan stroke mak.mak cik uza diserang sawan.lebih kurang 15 minit aku raser untuk mak cik uza stabil kan keadaan tu..malam ni baru aku tahu kalau orang di serang sawan kita tak perlu buat ape2.just tengok.tak pe lepas ni aku akan cari info tentang ni.dlam 30 minit mak cik uza pengsan dalam tido..kami semua nunggu dia bangun.mak terdiam.lepas mak cik uza terjaga terus anak dia tanye "mak tido kat mana ni mak?"..dia senyum n mak aku pon gelak.masa tu aku raser perbezaan stroke yg ade pada mak n mak cik uza menunjukkan mak lebih beruntung sebab tak di serang oleh sawan at least. Ujian Allah maha besar.dari seorang yang lemah lembut mak bertukar jadi seorang ibu yang amat kasar.tersangat kasar. begitu juga dengan mak cik uza..sawan yang menyerang mak cik uza mula menyerang berikutan stroke. allahu akbar..mak dah tido agaknye tu.ntah ape yg bermain di fikiran dia lepas tengok kawan baik dia tadi..yang pasti rindu mak cik uza pada mak udah terubat. aku berdoa..mudah2an allah mudahkan segala urusan.

Thursday, October 1, 2009

k e j a m

mengikut kamus dewan edisi ketiga >>
kejam II 1. tidak berperikemanusiaan, tidak mempunyai (menunjukkan) belas kasihan sama sekali, bengis, ganas, zalim.