Tuesday, April 13, 2010

Melayang

Hati ingin bertanya lagi
Jiwa...apa patut aku buat bila hati ini sakit lagi...
sakit lagi?berperang sampai ingin mati aku berjuang.
nafas sampai tidak sampai hanya untuk ku punya hati.
aku perlukan bantuan kalian wahai kawan-kawan.
Angin...bawalah hati ni pergi jauh-jauh...
aku tidak mahu ketinggalan lagi..
aku mahu menjadi sebahagian kepada kebahagiaan duniawi.
cukup lah hanya walau sekadar di pinggiran.
Hujan...basahi hati ini agar ia tidak kontang di sini.
tidak kira lah walau gerimis mana kasih sayangmu..
aku tau hati ini mampu menadah ribut taufanmu.
Sang pepohon rendang..sesungguhnya aku mohon perhatianmu agar meneduhi hati ini.
rendang kasih sayangmu akan ku sulam juga dengan cinta kasihku.
Pada sang petir...pancarkan kilatmu..
Panahkan guruhmu pada hati yang kian tenggelam ini..
kejutkan aku dari leka dengan juraian air hujan petang ini.
Aku mengerti pada awan yang tetap berlalu...dan tetap di situ
Aku juga fahami kerlipan bintang tetap ada setiap kali malam gelita
Wahai alam..izinkan aku meniti hari-hari ini bersama mereka...
Ada satu blog ni kata...dalam setiap harapan akan terselit rasa kecewa.
erm...bila pikirkan balik ada benarnya.
jadi jika takut kecewa jangan memandai mengharap setinggi gunung kinabalu
aku tak pasti hati ini ke mana lagi ingin melayang.
macam-macam ada dalam kotak fikiran ini.
April adalah bulan "menduga minda dan masa depan"
Amin..mudah-mudahan ada tercatat sesuatu untuk ku di Loh Mahfuz sana.
p/s: weh,aku teringin nak naik kapal terbang itu!aku akan pastikan suatu hari nnt aku akan naik juga>>creadit photo to ADI
yer tahu..angan2 ati terlalu tinggi melayang..tapi biarkan ia terus melayang..jangan kamu semua hiraukan..tahu lah bagaimana ati mahu hidup!selamat malam....tidurlah...sayangku...siang kan tiba bercahaya...bermula baru...semua untukmu...
lalu sekejap sebelum tertutup: iman dh lancar one two three four five six seven eight nine ten...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home