Sunday, June 20, 2010

Bisu

tatkala mendengar keputusan hakim dunia..aku tergamam..rasa mahu terkatup mulut nan satu ini..nafas aku terhenti seketika..terbeban satu keputusan yang aku tidak rela.. saat itu..mulut aku sudah bisu...kaki aku hanya mampu berjalan dan terus berjalan...hanya berjalan bila dipimpin...jika tidak,aku tetap kaku mendengar.. saat itu...mata aku cuma terjegil dalam nafas yang makin kian terhenti...memandang tajam bagai nak menembus segala macam ruang..padahal..pandangan itu tidak ke mana.disitu juga. saat ini...aku biarkan kamu berfikir sehingga tak tercapai dek akal aku yang satu ini..kerana aku tak mampu untuk bertindak jika Dunia telah menghukum sebelum aku sempat habiskan perjuangan.. mahu sahaja aku bercerita pada Dunia cerita ini...tapi aku juga insan yang tahu akan ketentuan ILAHI itu adalah kekal.. sekali lagi...Dunia buat mulut aku "BISU".. aku hanya biarkan mata aku memandang...kakiku melangkah...dan mulut aku tetap mengukir senyum pada kamu..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home