Luahkan segala yang ada
pada satu petang, bingit dalam diam..sunyi dalam keriuhan..dia bertanya aku menjawab..
aku sendiri tak pasti jawapan tu patut atau tidak
tarik nafas panjang-panjang..dia soal lagi..aku jawab juga,..
jawab apa yang terjawab
yakin dalam samar aku genggam kuat jemari aku sendiri
yang penting sekarang dia dapat jawapan yang dia mahu
aku terasa puas walaupun dalam takut
aku gerakkan hati ini untuk terus melakar senyum..
aku pungut sekuat tenaga senyuman itu
dalam kelemahan kekuatan diri..air mata tetap mengalir
sang embun itu cepat benar terjalin
laju dalam sendu..tapi aku yakin..dia tetap di situ
memimpin..memberi semangat..meyakinkan
betapa aku punya iman
dan punya dia..dan Dia.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home