Tuesday, July 27, 2010

Hari Sabtu Saya

hari sabtu sepanjang Julai 2010 yang penuh dengan aktiviti sekolah sebenarnya.. bermula minggu pertama...saya bersama guru-guru dan barisan pengawas SKLJ ke Lumut untuk Lawatan Sambil Belajar... Minggu Kedua terlibat dengan Karnival Sukan Zon Kamunting..saya mewakili pasukan Bola Tampar campuran berjaya mendapat tempat kedua di karnival tersebut..berkat usaha 3 petang berlatih... Minggu ketiga seramai 28 orang guru dan staf SKLJ ke Kolej Komuniti Chenderoh untuk menimba ilmu membuat laman blog.Pengalaman yang sangat bermakna sebab dapat tambah ilmu buat blog ni...sebelum ni saya tak tau pon nak upload video..so skang sudah pandai.Great! Minggu Keempat saya dan Seluruh Warga LMS secara tidak langsung sebenarnya terlibat dengan PSKPP tahun 2010..sejuta terima kasih kepada Guru Besar Puan Salmah dan CC Zarina kerana memberi kebenaran kepada saya mewakili LMS untuk pasukan Bola Tampar..Kami berjaya mendapat tempat ketiga dan yang paling bermakna LMS rangkul Juara Keseluruhan PSKPP tahun 2010. Minggu kelima sabtu ini saya dan staf lain akan bertolak ke Hadyai, Thailand..ini adalah destinasi terakhir..selepas ini kita semua akan berpuasa...

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home