Wednesday, July 28, 2010

Ujian Allah Untuk HambaNya

Subhanallah...Maha suci Allah..Aku di beri kenikmatan hidup di dunia ini..Kali ini aku diuji dengan musibah yang menimpa ayah.Dalam perjalanan menuju ke kedai dengan niat membeli nasi untuk emak..ayah tiba-tiba tercampak ke longkang di hadapan kedai..motor yang ditunggang ayah mujur tidak menghempap terus ke belakang ayah..cuma tersangkut.. ayah terus dikejarkan ke hospital selama..menjalani x-ray dan satu jahitan di jari tangan kanan..kepala ayah luka dan ada tempat2 yang bercalar.. saya menerima panggilan telefon dari Opah..dan terus bergegas pulang...terima kasih Puan Salmah, CC zarina, PK KOKO Cikgu Zaini kerana memberi kebenaran untuk saya terus pulang..Terima Kasih warga pejabat yang telah berdoa dan amat memahami keadaan ini. Adik dan abang saya juga bergegas pulang ke kampung..Yang pasti kami semua cuti hari ini..cuti untuk berada di samping mak dan ayah.. saya menerima Ujian Allah kali ini dengan tenang.Saya tahu Allah ingin memberi masa untuk ayah berehat secukupnya.saya juga sedar Allah ingin mengingatkan kami semua yang lalai dalam tanggungjawab menjaga mak dan ayah. Maha Agung Allah..Moga Ayah cepat sembuh.Moga kami semua tabah menghadapi Ujian ini.Amin.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home